Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan ratusan syarikat yang terlibat semasa 11 hari penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 bermula esok hingga 14 Ogos ini.<br /><br />Jelas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid, ia akan membuka peluang terutama kepada belia untuk mendapatkan kerja sekali gus mempromosikan potensi pekerjaan dalam pertanian.